Blok pertama KL48dapat sambutan baik

KL48 dijangka siap pada suku kedua 2027

EcoFirst Consolidated Bhd barubaru ini menandatangani kemudahan pembiayaan dengan AmBank Group untuk pembinaan KL48, projek pertama sejak pandemik COVID-19.

Projek bersepadu itu yang terletak di tanah pegangan bebas seluas 1.69 hektar (4.18 ekar) di kawasan Jalan Chan Sow Lin mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM1 bilion.

Ia dijangka siap pada suku kedua 2027.

Ketua Pegawai Eksekutif EcoFirst, Datuk Tiong Kwing Hee, berkata projek ituterdiri daripada dua menara dengan 47 tingkat dan sembilan unit runcit serta 1,700 unit pangsapuri servis dengan susun atur antara 650 kaki persegi dan 850 kaki persegi.

Harga bermula daripada RM503,000dan ke atas atau RM725 setiap kaki persegi.

“Kami menerima sambutan yang baik untuk blok pertama 750 unit dengan tempahan untuk kira-kira 600 unit setakat ini,” katanya kepada pemberita pada pelancaran KL48.

Beliau berkata, syarikat menyasarkan untuk menjual lebih 90 peratus daripadanya pada akhir tahun ini berikutan harganya ‘dianggap murah’ jika dibandingkan dengan projek lain yang dijual untuk kira-kira RM900 setiap kaki persegi.

Mengenai saiz simpanan tanahnya, Kwing Hee berkata syarikat mempunyai 30.35 hektar (75 ekar) di Ampang Ulu Kelang dengan GDV sebanyak RM10 bilion dalam tempoh pembangunan 20 tahun dan 2.02 hektar (5.0 ekar) lagi di Shah Alam untuk projek kediaman.

Copyright © 2025 BCM Holdings Sdn
Bhd. All rights reserved.

Copyright © 2025 BCM Holdings Sdn Bhd. All rights reserved.